Niatkan Dengan Sumbangan Ini Agar Murahkan Rezeki, Dipermudahkan Segala Urusan dan Diberi Kesihatan yang Baik
Pusat Pengajian Ulum Arabiyah merupakan pusat pengajian agama yang menempatkan warga emas, anak-anak yatim serta asnaf untuk menuntut ilmu agama. Anak-anak di pusat pengajian ini ditempatkan di sebuah asrama usang yang berusia hampir 20 tahun.
Keadaan semasa asrama pelajar
Untuk pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan, karpet yang digunakan buat masa sekarang sangat usang, berhabuk dan berdebu teruk dan karpet tersebut menjadi hamparan tidur para pelajar. Perkara ini menyebabkan beberapa penyakit seperti kudis buta, batuk, bahkan asma telah menimpa para pelajar pondok.
Tanpa katil dan tilam, para pelajar di pondok ini selesa tidur dengan beralaskan toto. Keadaan almari para pelajar seperti dalam gambar di atas juga sangatlah dhaif kerana telah digunakan hampir 7 tahun, dan jika berlaku kerosakan para pelajar sendiri yang akan baiki almari tersebut.
Melihat kepada masalah yang begitu serius ini, pihak Ihsan Madani mengambil inisiatif mengajak tuan-tuan dan puan-puan untuk bersama menjayakan kempen Ihsan Jariah baik pulih asrama Pusat Pengajian Ulum Arabiah yang akan melibatkan beberapa tambahan peralatan baru serta penambahbaikan lantai, antaranya:
1) Pembelian Tilam
2) Pembelian Katil
3) Pembelian Almari
4) Penambahbaikan Mozek dan Jubin
5) Pembelian Karpet
(Suasana bangunan asrama pelajar)
Dengan keberkatan anak-anak pelajar yang selesa menghafaz Al-Quran, turut memberi keselesaan kepada anda di titian sirat kelak, seterusnya menjadi saham dan jariah yang berterusan. Amin ya Rabb.
Jom #BuatBaik!