MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada May 10, 2024

SEDEKAH SUBUH BANTU PEMBANGUNAN MAAHAD TAHFIZ

RM325 / 3.25 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000

19 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

RAIH KEBERKATAN DI AWAL PAGI DENGAN SEDEKAH SUBUH UNTUK MEMBANTU PEMBANGUNAN DI MAAHAD TAHFIZ. AYUH KITA BANTU!


InsyaAllah dengan keberkatan hari jumaat, pihak maahad tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah dengan berbesar hati ingin mengajak saudara dan saudari yang dirahmati Allah SWT untuk membantu menyalurkan dana sedekah subuh bagi melengkapkan kerja-kerja pembangunan di maahad kami. Pihak maahad memerlukan sumbangan infaq daripada orang ramai dalam usaha menyediakan tempat pengajian yang kondusif dan selesa bagi para pelajar di sini menuntut ilmu.



Sehubungan itu, marilah bersama-sama merangkul kesempatan yang diberikan oleh Allah SWT di penghulu segala hari untuk memperbanyak sedekah subuh bagi manfaat ummah, terutama dalam pembangunan maahad tahfiz. Dengan memberikan sedekah pada waktu yang paling mulia di pagi hari, anda tidak hanya membuka pintu keberkatan bagi diri anda sendiri, tetapi juga bagi sesama umat.




Sumbangan sedekah subuh anda untuk membantu kerja-kerja pembangunan di maahad ini juga akan menjadi sinar harapan bagi anak-anak tahfiz kami, membantu mereka dalam mengejar impian dan memperoleh ilmu agama yang bermakna. Mari jadikan setiap pagi sebagai titik permulaan untuk berbuat kebaikan. Ayuh bersama-sama kita wujudkan tempat pendidikan agama yang berkualiti untuk generasi masa depan.




Akhir kata, dengan izin Allah SWT, setiap sedekah yang anda berikan akan menjadi kebaikan yang berlipat ganda dalam kehidupan anda dan juga ummah. Semoga kita semua menjadi sebahagian daripada kejayaan dalam melahirkan generasi Al-Quran walau hanya bersedekah RM10.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Tiada doa

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

LATIFAH RAFII

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 12, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 11, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 11, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM30.00

May 11, 2024

Kempen Sumbangan Tamat