MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Jun 10, 2024

BATU BATA DIPERLUKAN UNTUK PEMBANGUNAN MAAHAD TAHFIZ

RM84 / 2.80 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

8 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

MARI RAIH SAHAM AKHIRAT YANG TIDAK TERPUTUS DENGAN BERINFAQ BAGI MENYEDIAKAN BATU-BATA YANG MENCUKUPI UNTUK MEMBANTU KERJA-KERJA PEMBANGUNAN DI MAAHAD TAHFIZ.


Kami daripada maahad tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah ingin memohon jasa baik dan ihsan daripada pihak anda untuk menyumbang dana bagi tujuan pembelian batu-bata dalam usaha kami membangunkan dan memperbaiki infrastruktur maahad tahfiz kami. Pembangunan ini adalah penting untuk menyediakan kemudahan yang lebih baik dan selesa kepada para pelajar asnaf dan juga anak yatim yang sedang belajar di sini.



Batu-bata adalah komponen asas yang sangat penting dalam setiap projek pembangunan, termasuk di maahad tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah. Batu-bata digunakan untuk membina struktur bangunan yang kukuh dan tahan lama. Tanpa batu-bata yang mencukupi, proses pembangunan akan terhenti, menghalang kami daripada menyediakan kemudahan yang selesa dan selamat untuk para pelajar, asnaf, dan anak yatim yang menuntut ilmu di sini. Oleh itu, sumbangan batu-bata daripada para dermawan adalah amat penting untuk memastikan kelangsungan dan kejayaan projek pembangunan ini.



Sehubungan itu, bermula dengan RM10 ayuh kumpul saham akhirat bagi menyediakan sekurang-kurangnya 10 blok batu bata bagi merealisasikan kerja pembinaan dan pembangunan di maahad. Setiap sumbangan yang diberikan amat bermakna bagi kami dan para pelajar, serta akan memudahkan usaha pihak maahad menjalankan kerja-kerja pembangunan di maahad.




Akhir kata, mari segera menyumbang untuk kemaslahatan ummah bagi menyediakan tempat pengajian ilmu agama kepada asnaf dan juga anak yatim. Pihak kami yakin bahawa setiap infaq dan sumbangan yang anda berikan akan mendapat ganjaran dan keberkatan daripada Allah SWT. Semoga segala kebaikan yang anda hulurkan akan menjadi amal jariah yang berterusan pahalanya, insya-Allah.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

MEOR ROSAZMAN MD IDRIS

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 13, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 11, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 11, 2024

DZAIDY

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 11, 2024

ABDUL KARIM BIN HUSAIN

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 11, 2024

Kempen Sumbangan Tamat