MENDEKAT KEPADA RASUL DENGAN BERBAGI MAKANAN UNTUK ANAK YATIM

Dianjurkan oleh:
ASAR HUMANITY
Dimulakan pada:
23 Sep, 2022
MENDEKAT KEPADA RASUL DENGAN BERBAGI MAKANAN UNTUK ANAK YATIM
53.06%
RM4,245
/RM8,000
274
penyumbang
-
baki hari

Tentang Kempen

Menyambut momen Malidur Rasul tahun ini, mari wujudkan cinta kita kepada Rasulullah dengan memberikan bantuan makanan kepada anak yatim. Ayuh bantu kami!

Allahumma salli 'ala muhammadin 'abdika warasulika nabiyyi ummiyyi wa'ala aalihi wasahbihi wasallim. Tuan dan Puan pahlawan kebaikan sekalian. InshaAllah sebentar lagi kita akan memasuki bulan Rabiul Awal. Di bulan ini lah kita mengetahui bahawa Baginda Rasulullah dilahirkan, tepatnya pada tanggal 12 Rabiul Awal.

Memaknai Maulid Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam termasuk amalan salih yang mana hal itu adalah bentuk rasa cinta dan rasa syukur atas berkat Allah Saw mengutus Nabi Saw sebagai rahmat umat manusia serta seluruh alam semesta. Rasa cinta ini termasuk dari pada dasar keimanan. Hal ini tercantum dalam ayat suci Al-Quran surah At-Taubah ayat 128:

Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad SAW), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman. (At-Taubah 9:128)

Sebagai orang yang beriman, sudah tentu kita ingin menjadi hamba yang dapat berkumpul di syurga kelak bersama Rasulullah. Bagaimana kita mendekatkan diri kepada Rasulullah?

Ada satu cara yang insyaAllah boleh kita lakukan. Sebagaimana Sahl bin Sa'ad meriwayatkan bahawa: Rasulullah saw bersabda: "Aku dan penanggung anak yatim berada di dalam syurga seperti dua ini." Dan baginda menunjukkan dengan jari-jarinya, iaitu telunjuk dan jari tengahnya.

(Jami` at-Tirmidzi 1918)

MashaAllah. Cuba bayangkan betapa dekat kita dengan Rasulullah di syurga jika kita menyayangi anak yatim. Dalam momentum Maulidur Rasul ini, mari kita dekatkan diri kepada Nabi Muhammad Saw dengan mencurahkan kasih sayang kepada orang yang dicintai Nabi iaitu anak yatim. Berderma sebahagian harta anda untuk mereka. Kecil atau besar, sedikit atau banyak tak jadi persoalan.

Sumbangan dari anda inshaAllah akan diagihkan dalam bungkusan makanan asas kepada anak yatim. Satu bungkusan makanan berisi beras 5 kg, minyak masak 2 kg, gula, teh, ikan dalam tin, dapat anda lancarkan dengan derma RM50.

Nabi bersabda, “Wahai sekalian manusia, sebarkanlah salam, berikan makan, sambunglah silaturrahim, shalatlah di waktu malam ketika orang-orang tertidur, niscaya kalian akan masuk Surga dengan selamat.” (HR. Tirmidzi, ad-Darimi, Ibnu Majah, al-Hakim, Ahmad dan Ibnu Abi Syaibah.

Terima kasih atas sumbangan dari anda yang dipercayakan untuk dihantar kepada yang membutuhkan melalui Asar Humanity. Semoga Allah SWT lindungi Anda dan keluarga. InshaAllah pahala dan rejeki akan berkali lipat berlimpah. Jazakumullah khairan.

Jom#BuatBaik!

Laporan Kempen

11 Mar 2024

21 Feb 2024

08 Feb 2024

11 Jan 2024

Ayuh, jadikan setiap pagi peluang untuk melabur dunia akhirat. Bukalah pintu kebaikan, luaskan amal dengan niat yang ikhlas. Sokong perbuatan baik, dan saksikan keberkatannya dalam hidup kita. Kami tidak pernah jemu mengingatkan anda tentang amalan soleh ini.

Bagaimana cara belajar untuk istiqomah melakukannya?

Salah satu cara anda boleh melakukannya ialah melalui Sumbangan.com dan Asar Humanity.

https://sumbangan.com/penganjur/asar-humanity

27 Sep 2023

Disadur dari artikel BincangSyariah.com:

Kisah Pemuda Jadi Waliyullah karena Merayakan Maulid Nabi

Penulis Mawaddah Nadzifa

Syekh Syatho ad Dimyathi dalam buku Buku I'anatut Thalibin juz III halaman 365 memetik kisah seorang pemuda menjadi waliyullah kerana menyambut maulid Nabi, dan di akhir hayatnya mendapat gelaran kerana menyambut kelahiran Nabi

Suatu ketika dahulu diceritakan bahawa pada zaman Khalifah Harun al-Rasyid, ada seorang pemuda di Basra yang hidup dengan akhlak yang hina dan mengabaikan ibadahnya. Penduduk bandar memandang rendah kepadanya kerana perbuatan buruknya.

Namun, walaupun dianggap sebagai seorang yang suka melakukan maksiat, setiap kali tibanya bulan Rabiul Awal, pemuda itu akan mencuci pakaian, memakai minyak wangi, berhias, dan mengadakan kenduri membaca kisah kelahiran Nabi Muhammad.

Pemuda yang tidak berakhlak ini sentiasa menyambut Maulid Nabi dengan sungguh-sungguh setiap tahun. "Dia terus melakukan ini untuk masa yang lama," dipetik dalam buku I'anatut Thalibin, halaman 365.

Apabila pemuda itu meninggal dunia, penduduk kota mendengar suara yang berseru, “Wahai penduduk Basra, datang dan saksikan pengebumian wali wali Allah. Dia sangat disayangi oleh-Ku,".

Mendengar panggilan itu, penduduk bandar menghadiri pengebumiannya dan mengebumikannya. Kemudian, mereka melihatnya dalam mimpi memakai pakaian sutera. Mereka bertanya kepadanya, “Dengan apakah kamu memperoleh kebajikan ini?” Dia menjawab, "Dengan memuliakan kelahiran Nabi Muhammad."

Itulah nikmat menyambut hari kelahiran Nabi Muhammad. Apabila seorang pemuda yang dianggap berdosa meninggal dunia, masyarakat setempat dikejutkan dengan panggilan yang menjemput mereka menghadiri pengebumiannya dan menyaksikan pengebumian seorang wali Allah. Ini adalah kejadian luar biasa kerana sebelum ini mereka memandang rendah terhadap pemuda tersebut.

Kisah ini mengajar kepentingan menghormati dan meraikan kelahiran Nabi Muhammad SAW. Walaupun pemuda itu pada mulanya mempunyai perangai buruk, perubahan positif dalam hidupnya berlaku apabila dia mula menghargai detik kelahiran Rasulullah.

Ini menunjukkan kecintaan dan penghormatan kepada Nabi Muhammad SAW mampu mengubah seseorang menjadi lebih baik dan bertaqwa walaupun setelah melalui masa silam yang buruk.

Demikian penjelasan berkenaan kisah seorang pemuda menjadi waliyullah kerana menyambut maulid Nabi. Semoga kisah ini memberi manfaat dan istiqamah dalam menyambut Maulid Nabi.

17 Sep 2023

Assalamu’alaikum Tuan dan Puan

Semoga khabar ini menemui anda serta keluarga dalam keadaan baik dan sejahtera.

Alhamdulillah Pasukan Ksatria-Asar Humanity kembali lagi dalam safari berbagi makanan berkhasiat bagi pelajar Maahad Al Mursal Cianjur Selatan. Mahad ini menjadi tempat tinggal seramai 80 pelajar yang berasal dari beberapa dari mereka adalah anak yatim dan dhuafa.

Barakallahu fiikum Tuan dan Puan amanah anda kepada Asar Humanity telah kami agihkan dalam bentuk makanan siap masak lazat dan berkhasiat yang berisi nasi, lauk protein, sayur, buat dan air minum.

Semoga Allah limpahkan ganjaran pahala serta keberkahan yang berterusan kepada anda dan keluarga. Jazakumullah khairan

31 Jul 2023

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Semoga khabar ini menjumpai anda dan keluarga dalam keadaaan baik dan sejahtera.

Memasuki pertengahan bulan Muharram, kami tak pernah bosan mengingatkan anda keutamaan bulan Muharram yang kita ketahui termasuk salah satu bulan dari 4 bulan haram. Dalam surat At Taubah ayat 36 Allah SWT perintahkan untuk memuliakannya dengan melakukan amalan kebaikan dan menjauhi perbuatan maksiat.

Jangan sampai terlepas dengan perbuatan yang biasa. Pada bulan haram Allah akan melipat gandakan pahala atas amalan shalih, dan juga akan melipatkan dosa dari maksiat. Naudzubillah. Maka dari itu mari kita maksimalkan dengan amalan shalih yang juga dapat dirasakan oleh saudara-saudara kita yang kekurangan. Jika bulan Muharram ini berakhir, kita harus menunggu 4 bulan kedepan sampai bulan haram selanjutnya iaitu bulan Rejab.

Sedekah dan infaq Muharram melalui Asar Humanity:

https://sumbangan.com/penganjur/asar-humanity 

07 Dec 2022

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, semoga tuan-tuan dan puan-puan sekeluarga sentiasa dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dalam lindungan Allah SWT, aamiin

Alhamdulillah, pada hari Isnin, 5 Disember 2022 pasukan Asar Humanity telah berjaya menghantar amanah dari tuan-tuan dan puan-puan berupa pakej makanan untuk anak-anak yatim setelah melakukan perjalanan darat dan laut. Di mana sumbangan daripada tuan-tuan dan puan-puan digabungkan dengan sumbangan daripada kempen lain untuk meluaskan manfaat yang sedia. Sehingga sebanyak 40 pakej makanan dapat diagihkan kepada penerima manfaat.

Di mana pakej makanan ini diagihkan kepada anak-anak yatim yang berada di Perkampungan Nelayan, di daerah Medan Belawan, Medan. Yang mana kawasan ini merupakan kawasan masyarakat pesisir pantai yang kehidupan sehariannya hanya bergantung kepada pokok bakau dan hasil laut. Sebaliknya kampung ini termasuk dalam kategori kampung berpendapatan paling rendah di bandar Medan dan sekitarnya. Sehingga masyarakat di kawasan ini juga sangat memerlukan bantuan untuk memenuhi keperluan harian mereka. Lebih-lebih lagi bagi anak-anak yatim yang hanya tinggal bersama ibu sahaja.

Dan alhamdulillah atas kebaikan tuan-tuan dan puan-puan dalam menyumbang untuk bantuan berupa pakej makanan, senyuman gembira terpancar di wajah mereka ketika mendapat pakej makanan daripada tuan-tuan dan puan-puan.

Semoga dengan bantuan tuan-tuan dan puan-puan ini dapat meringankan beban hidup mereka dari segi makanan. Sebaliknya orang yang menolong anak yatim akan masuk syurga dan dekat dengan Rasulullah seperti jari telunjuk dan jari tengah, sebagaimana hadis Bukhari berikut:

قَالَ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : اَنَاوَكَافِلُ الْيَتِيْمِ فِى الْجَنَّةِ هَكَذَا وَأَشَارَبِالسَّبَّابَةِ وَالْوُسْطَى وَفَرَّجَ بَيْنَهُمَا.

"Saya dan orang yang menjaga anak yatim akan masuk syurga seperti ini.” Nabi membuat isyarat dengan jari telunjuk dan jari tengah dan merenggangkannya." (Riwayat Bukhari).

Dan untuk menyumbang ke kempen Asar Humanity lainnya, Tuan dan Puan dapat mengunjungi link di bawah ini:

https://sumbangan.com/penganjur/asar-humanity 

Jazakumullahu khairan, Wassalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

07 Nov 2022

Assalamu’alaikum Tuan dan Puan Pahlawan Kebaikan.

Semoga Tuan dan Puan dalam keadaan yang baik dan sihat, serta selalu dalam lindungan Allah SWT.

Alhamdulillah sumbangan dari Tuan dan Puan sudah dihantarkan kepada anak-anak yatim di Maahad Quran Darussalam. Maahad ini sudah berdiri sejak 5 tahun, dibina oleh sepasang suami istri. Maahad tanpa bayaran ini adalah tempat belajar bagi 22 orang anak yatim yang belajar Al-Quran.

Sebanyak 31 pakej pangan berisi 5 kg beras, 1 kg gula, 2 liter minyak masak, 1 kotak uncang teh, dan 2 tin 150 ml sardin. Mashallah. Semoga bantuan dari Tuan dan Puan menjadi kebahagiaan bagi anak-anak yatim ini. InshaAllah upaya kita semua untuk memelihara anak yatim menjadi bekal kita untuk bertemu dengan Rasulullah di akhirat kelak. Aamiin Allaumma Aamiin.

Kami berharap kebaikan ini tidak berhenti sampai di sini. Teruslah jadi Pahlawan Kebaikan dan membantu orang yang membutuhkan dengan tujuan mencari redha Allah SWT.

Untuk menyumbang ke kempen Asar Humanity lainnya, Tuan dan Puan dapat mengunjungi link di bawah ini:

https://sumbangan.com/penganjur/asar-humanity

"Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah petunjuk yang benar dalam urusan kami." (Surah al-Kahf: 10)

Semoga Allah memberikan keberkahan dan pahala yang melimpah kepada Tuan/Puan serta keluarga.Jazakumullah khairan.

Rujukan Terkini

Tiada Rujukan Terkini

Belum ada yang merujuk kempen ini

!
Anda merasa kempen mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Senarai Penyumbang

Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 07, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 07, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 06, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 06, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 06, 2022

Kongsi kempen

Whatsapp
Telegram
Lain-lain

Kempen yang mungkin anda berminat

INFAQ KOS PERUBATAN UNTUK SAUDARA WAN HARUL
PROGRAM BERKHATAN PERCUMA UNTUK PELAJAR TAHFIDZ MISKIN DAN ASNAF
BANTUAN PAKEJ PENJAGAAN KEBERSIHAN DIRI KEPADA PELAJAR TERPENCIL
Kempen Sumbangan Tamat