MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Jun 22, 2023

INFAQ JUMAAT BARANG BASAH UNTUK PELAJAR TAHFIZ ASNAF

RM505 / 10.10 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000

29 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

MARI UKIRKAN SENYUMAN DIWAJAH ANAK-ANAK TAHFIZ ASNAF INI DENGAN MENGHULURKAN SUMBANGAN.


Pihak maahad ingin membuka kempen sumbangan barang basah seperti ayam, ikan dan daging kepada para muslimin dan muslimat untuk anak-anak tahfiz di sini. Mulai dari serendah RM10, kalian boleh menyumbang untuk pembelian ayam, ikan dan daging. Dalam Al-Quran, Allah menjanjikan rahmat dan berkah bagi mereka yang bersedekah. Dengan memberi makanan kepada orang yang memerlukan, seseorang dapat mengundang rahmat dan berkah Allah ke dalam hidupnya.



Pihak maahad mengalami kekangan kewangan bagi menyediakan barang basah yang mencukupi kepada para pelajar. Ini kerana, kos bahan basah kian meningkat saban hari. Selain itu, menjadi keutamaan pihak maahad untuk menyediakan makanan yang cukup nutrisi dan berkhasiat kepada para pelajar supaya pembacaan dan penghafal Al-Quran berjalan dengan baik dan lancar.



Pengambilan sumber protein merupakan kepentingan dalam piramid makanan bagi tumbesaran dan perkembangan tubuh badan yang sihat. Tabiat pemakanan yang baik dapat memastikan tubuh badan anak hafiz ini kekal sihat dan menyokong perkembang minda dan fizikal untuk beribadah dan belajar Al-Quran. Hidangan yang lengkap dengan sumber protein seperti ayam, ikan dan daging dapat membantu para pelajar menghafal Al-Quran dengan lebih baik.



Pihak maahad mengucapkan jazakumullahu khairan jaza kepada para penyumbang yang berkongsi kebahagian buat anak-anak tahfiz ini. Sedikit sumbangan yang para muslimin dan muslimat berikan mampu mengukirkan senyuman di wajah para huffaz ini. Semoga apa yang dinfakkan dapat dijadikan amal kebaikan untuk dibawa pulang bertemu Allah SWT kelak.


Rasulullah ﷺ bersabda bahawa memberi makan kepada orang lapar akan mendapatkan pahala seperti orang yang berpuasa, bahkan pahalanya lebih besar. Dengan memberikan makanan, seseorang dapat mengumpulkan pahala dan mendekatkan diri kepada Allah.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 23, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Jun 23, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 23, 2023

HASPARNI BIN MOHD TAJUDIN

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 23, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Jun 23, 2023

Kempen Sumbangan Tamat