Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM2,070 / 29.57 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM7,000
141 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Solat lima waktu itu wajib bagi setiap muslim yang berakal dan matang, walaupun sudah uzur, solat lima waktu itu wajib dilaksanakan di mana sahaja dia berada, walaupun dalam perjalanan yang jauh. Program infaq kerusi ini merupakan program yang amat sesuai untuk memberi perhatian kepada warga emas yang bersemangat menunaikan solat lima waktu di Masjid atau Surau. Program ini memudahkan warga emas atau orang yang uzur dalam solat berdiri supaya masih boleh solat berjemaah di Masjid atau Surau.
Islam adalah agama yang tidak menyusahkan hambaNya untuk melaksanakan ibadah kepadaNya. Sudah tentu Allah mengetahui kemampuan setiap hambaNya. Oleh itu, orang yang tidak boleh solat berdiri boleh solat duduk atau berbaring. Ini menunjukkan betapa pentingnya solat 5 waktu sehingga Nabi Muhammad ﷺ langsung menghadap Allah Ta'ala ke langit ketujuh untuk menerima perintah solat yang sebelum ini berjumlah 50 rakaat dalam sehari menjadi 5 rakaat.
Kita sebagai umat Islam tidak dibenarkan meninggalkan solat 5 waktu kerana solat adalah tiang agama, sesiapa yang meninggalkan solat adalah sama dengan meninggalkan agamanya. Jom bawa kerusi solat warga emas dan uzur supaya masih boleh solat berjemaah di masjid atau surau.
"Perjanjian antara kami dan orang-orang kafir ialah solat. Barangsiapa meninggalkan solat, maka dia telah kafir." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, At-Tirmidzi, An-Nasai dan Ibnu Majah)
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Bismillahirrohmanirrohim
Alhamdulillah Kerusi solat untuk warga emas atau mereka yang memerlukan telah diagihkan termasuk untuk Masjid dan Surau.
Semoga Allah membalas setiap kebaikan yang Tuan/Puan berikan dan infaq yang disalurkan semoga bermanfaat untuk masyarakat luas dan menjadi amal jariah Tuan/Puan semua. Aamiin Yaa Rabbal 'Alaamiin
28/10/2022
Agihan Kerusi solat serta agihan Peti Amal Masjid dan Surau yang insyaAllah akan digunakan untuk mengumpul dana awam bagi Masjid dan Surau.
Jazakallahu Khairan Katsiran untuk semua Dermawan
Bismillahirrohmanirrohim
Alhamdulillah Kerusi solat untuk warga emas atau mereka yang memerlukan telah diagihkan termasuk untuk Masjid dan Surau.
Semoga Allah membalas setiap kebaikan yang Tuan/Puan berikan dan infaq yang disalurkan semoga bermanfaat untuk masyarakat luas dan menjadi amal jariah Tuan/Puan semua. Aamiin Yaa Rabbal 'Alaamiin
Bismillahhirrohmanirrohim
Tuan/Puan para dermawan yang dirahmati Allah Subhanahu Wa Ta'ala, Alhamdulillah, pembelian kerusi untuk warga emas dan mereka yang memerlukan telah sampai, insyaAllah tidak lama lagi akan diagihkan ke Masjid dan Surau agar dapat terus bersolat di berjemaah di Masjid atau Surau.
Semoga Allah Subhanahu Wa Ta'ala menjadikan ini sebagai amal jariah untuk kita semua. Amin Ya Rabbal 'Alaamiin
آجَرَكَ اللَّهُ فِيْمَا أعْطَيْتَ وَجَعَلَهُ لَكَ طَهُورًا وَبَارَكَ لَكَ فِيْمَا أَبْقَيْتَ
Arab-latin: “Ajarakallahu fiimaa a'thaita wa ja'alahuu laka thahuuraa wa baaraka laka fiimaa abqaita.”
Maksudnya: "Semoga Allah memberi pahala kepada kamu atas harta yang kamu berikan dan menjadikannya sebagai pembersih bagi kamu, dan semoga Allah memberkati harta kamu yang masih tinggal."
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM15.00
Oct 13, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 13, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 13, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Oct 13, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 13, 2022