MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Jul 17, 2024

INFAQ TANGKI AIR BERSIH ANAK YATIM TAHFIZ DAN ASNAF

RM1,095 / 21.90 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000

31 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

MARILAH BERINFAQ MEMBINA TANGKI AIR UNTUK MEMBANTU PENGAJIAN ANAK-ANAK TAHFIZ ASNAF DAN YATIM DI MAAHAD ASNAF DAN ANAK YATIM.


Jom menanam benih ibadah dan pahala semperna bulan muharram ini kerana ini perbuatan  yang baik dan juga mulia di sisi agama yang mendatangkan pahala bagi yang melakukannya. Walaupun telah meninggal dunia, pahala dari amal kebaikan tersebut akan terus mengalir kepadanya. Oleh itu, marilah berinfaq dan menabung pahala melalui amal jariah dengan menghulurkan sumbangan untuk tabung infaq pembinaan tangki air di Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah.



Air merupakan salah satu khazanah yang merupakan satu anugerah daripada Allah dan keperluan asas bagi manusia. Namun, semakin hari semakin terhad air kerana bertambahnya bilangan pengguna yang menyebabkan tekanan air menjadi rendah. Begitulah keadaan yang berlaku di maahad tahfiz kami di sini. Tekanan air menjadi rendah disebabkan ramainya pengguna. Oleh itu, maahad berhasrat menambah bilangan tangki simpanan air untuk mengelakkan masalah tekanan air rendah dan ketiadaan bekalan air yang akan menyukarkan aktiviti harian anak-anak tahfiz beribadah dan menuntut ilmu.



Untuk makluman semua, gangguan bekalan air sekian lama telah menimbulkan banyak masalah kepada mahaad tahfiz ini antaranya ialah kesukaran untuk mendapatkan air yang banyak dan air bersih bagi kegunaan harian seperti mandi, membasuh baju, memasak dan banyak lagi urusan harian yang lain.



Pembinaan tangki air di maahad tahfiz yatim dan asnaf ini adalah salah satu inisiatif bagi mengatasi masalah tekanan air yang rendah dan ketiadaan air yang sering berlaku. Kedudukan tangki yang tinggi dapat memastikan pengaliran air di maahad berada pada tekanan yang normal. Sehubungan itu, pihak maahad memerlukan sumbangan dana daripada orang ramai bagi memastikan kerja-kerja pembinaan  tangki air ini dapat disiapkan secepat yang mungkin.



Akhir kata, kami pihak Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah mengucapkan jutaan terima kasih atas sumbangan yang diberikan. Semoga Allah SWT memberkati segala jasa baik anda yang sudi menyumbang. Seterusnya, dikurniakan pahala yang terus mengalir buat semua dengan setiap sumbangan yang diberikan.


Jom #BuatBaik!


Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

HAJAH FATIMAH@AZIZAH BINTI ABDULLAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 20, 2024

FAKHRUL HAIKAL BIN AHMAD EFFENDI

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 20, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM150.00

Jul 19, 2024

NUR AMALINA ADAM

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 19, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

Jul 19, 2024

Kempen Sumbangan Tamat