Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH
Dimulakan pada May 14, 2024
RM80 / 2.67 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
5 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Alhamdulillah di kesempatan ini, Allah masih memberi peluang kepada kita untuk berjumpa dengan bulan Zulkaedah selepas Syawal maninggalkan kita. Justeru, mari kita berdoa agar dapat juga kita berjumpa dengan bulan Zulhijjah yang penuh mulia. Oleh itu, kami warga Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah ingin membuka peluang kepada muslimin dan muslimat yang ingin meraih keberkatan di bulan Zulkaedah ini dengan bersedekah atau berkongsi rezeki dengan anak-anak Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah untuk mendapatkan 2 ekor kambing sebagai haiwan korban untuk santapan anak-anak tahfiz.
Bermula dengan RM10 muslimin dan muslimat dapat menjana sedikit sebanyak wang untuk kami mendapatkan dua ekor kambing sebagai santapan anak-anak tahfiz sempena Hari Raya Aidiladha. Insya-Allah berkat sumbangan muslimin dan muslimat dapatlah kami kongsikan bersama anak-anak tahfiz yang mungkin ada yang tidak pernah merasai kemanisan daging korban.
Melalui pendekatan ini juga dapatlah membuka peluang kepada muslimin dan muslimat yang belum pernah melakukan ataupun masih tiada kemampuan untuk melaksanakan ibadah korban meraih pahala di bulan Zulhijjah. Sesungguhnya ibadah korban juga merupakan kaedah terbaik untuk mendekatkan diri kepada Allah sebagaimana juga dengan ibadat solat. Ibadah korban juga dapat menjadi salah satu ukuran aspek takwa seorang hamba kepada yang Maha Esa.
"Sesungguhnya Allah hanya menerima (korban) dari orang yang bertakwa." Dalam ayat lain selanjutnya Allah berfirman yang bermaksud; "Daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai (keredaan) Allah, tetapi ketakwaan dari kamulah yang dapat mencapainya." (Surah Al Hajj, ayat 37)
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami