Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH
Dimulakan pada Jun 14, 2024
RM565 / 18.83 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
33 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah swt, menjelang fasa pertama Zulhijjah yang penuh keberkatan ini, marilah bersama-sama kita hadirkan kegembiraan kepada anak-anak yatim dan asnaf di Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah. Dengan menyumbang sebanyak RM10, insyaAllah senyuman akan terus menghiasi kehidupan anak-anak yatim dan asnaf yang sedang gigih menuntut ilmu di maahad tahfiz kami.
Berinfaq di awal Zulhijjah merupakan salah satu amalan yang sangat dicintai oleh Allah SWT. Marilah kita bersama-sama mengambil peluang ini untuk menyumbang dan membantu pendidikan pelajar tahfiz yatim di maahad kami. Dengan sumbangan anda akan dapat membantu anak-anak ini mengejar cita-cita mulia mereka dalam menghafal Al-Quran dan memperoleh ilmu pengetahuan yang berguna
Selain itu, sumbangan anda bukan sahaja memberikan kegembiraan, tetapi juga menjadi saham akhirat yang akan berterusan pahalanya. Setiap infaq yang diberikan membantu pihak kami menyediakan keperluan asas, pendidikan, dan persekitaran yang kondusif bagi anak-anak ini untuk terus maju dalam pengajian mereka..
Dengan sumbangan dan infaq yang ikhlas daripada anda, kami berharap dapat menyediakan keperluan pengajian, pakaian dan keperluan peribadi yang mencukupi untuk mereka. Bantuan anda akan menjadi penyokong utama dalam memastikan anak-anak ini dapat terus menimba ilmu tanpa halangan kewangan. Semoga dengan setiap sen yang anda sumbangkan, Allah SWT akan membalas dengan ganjaran yang berlipat ganda dan memberkati hidup anda.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 17, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 17, 2024
MUHAMAD HAFIZAN BIN HASHIM
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 17, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 16, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Jun 16, 2024