MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada May 23, 2024

RAYU DANA UNTUK MEMBAIKI MESIN PENAPIS AIR

RM160 / 5.33 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

10 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

AYUH KUMPUL SAHAM AKHIRAT DENGAN MENYUMBANG UNTUK MEMBANTU MENYELENGGARA MESIN PENAPIS AIR BAGI KEMUDAHAN PELAJAR TAHFIZ DI MAAHAD KAMI.


Kami, warga Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah, dengan rendah hati ingin memohon jasa baik seluruh muslimin dan muslimat untuk menyumbang sedikit sebanyak dana bagi membantu kami menyediakan servis mesin penapis air yang terdapat di maahad kami.



Mesin penapis air adalah keperluan asas yang penting untuk memastikan para pelajar tahfiz kami mendapat bekalan air bersih dan sihat setiap hari. Namun, mesin ini memerlukan penyelenggaraan berkala agar terus berfungsi dengan baik. Tanpa sokongan dan bantuan anda, kami mungkin menghadapi kesukaran untuk memastikan mesin ini sentiasa berada dalam keadaan terbaik.



Seperti yang kita tahu, sebagai pelajar tahfiz yang banyak menggunakan suara untuk menghafaz ayat-ayat suci Al-Quran dan mereka amat memerlukan banyak air minuman yang bersih untuk mendapatkan kualiti hafalan yang baik. Ini adalah usaha penting untuk memastikan anak-anak pelajar kami sentiasa berada dalam keadaan kesihatan yang optimal dan dapat menimba ilmu dengan lebih baik.



"Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia lainnya." (HR. Ahmad)


Dengan menyumbang kepada keperluan ini, anda bukan sahaja membantu kami, tetapi juga mendapat pahala yang berlipat ganda dari Allah SWT kerana memberikan manfaat yang besar kepada para pelajar yang sedang menghafal kalamullah.



Akhir kata, kami memohon ihsan dan kerjasama daripada seluruh umat Islam untuk berinfaq dalam usaha penyelenggaraan ini. Setiap sumbangan anda, tidak kira besar atau kecil, amatlah dihargai dan akan digunakan sebaik mungkin untuk memastikan mesin penapis air di maahad kami dapat berfungsi dengan baik. Jazakumullah khairan katsira atas perhatian dan sumbangan anda. Semoga Allah SWT merahmati kita semua dengan limpahan keberkatan dan rezeki.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Tiada doa

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 24, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 24, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM20.00

May 24, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 24, 2024

NUR ADRIANA OMAR

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 23, 2024

Kempen Sumbangan Tamat