Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH
Dimulakan pada Apr 05, 2023
RM705 / 14.10 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000
41 Penyumbang
Kempen Berakhir!
"Siapa memberi makan orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tersebut, tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa itu sedikit pun" (HR. Tirmidzi)
Ramadan hadir setahun sekali memberi peluang untuk kita memperbaiki dan mendekatkan diri dengan Allah SWT selain mendapatkan pahala berlipatkali ganda. Setiap amalan mulia yang dilakukan kerana ALLAH akan dilipat gandakan pahalanya seperti melakukan sedekah, memberi makan orang yang berbuka puasa, membaca Al-Quran, mendengar kuliah agama, solat sunat terawih berdoa dan sebagainya. Ketika Ramadan, setiap saat umat Islam berebut-rebut mengumpul pahala melakukan pelbagai kebaikan dan amal soleh sebagai bukti taat kepada Yang Maha Esa.
Sehubungan itu, di bulan Ramadhan yang istimewa dan penuh keberkatan ini pihak Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah mengajak para muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah SWT untuk berbuat kebaikan lebih banyak lagi melalui kempen sedekah air minuman botol mineral untuk iftar dan solat sunat terawih sepanjang Ramadan. Terlebih lagi sedekah ini ditujukan untuk puluhan anak-anak tahfiz asnaf dan yatim yang sedang berpuasa. Sedekah daripada para penyumbang ini semualah yang nantinya akan menemani mereka saat berbuka.
Sedekah air merupakan salah satu sedekah yang sangat dianjurkan dan disukai oleh Rasulullah SAW. Ditambah pula sedekah yang dilakukan khususnya bagi golongan yang berpuasa di bulan Ramadan. Sungguh, pahala yang berlipat ganda akan dapat diraih oleh para penyumbang.
Tujuan kempen sedekah air minuman ini adalah salah satu cara yang bermakna untuk membantu para pelajar tahfiz yang setiap hari berdamping dengan Al-Quran. Ini juga bagi meningkatkan semangat mereka beramal dalam bulan Ramadan. Diharapkan kehadiran air minuman ini dapat memberi manfaat kepada para pelajar menjalani ibadah puasa sepanjang Ramadan.
Pihak maahad mengucapkan jazakumullahu khairan jaza kepada para dermawan di atas kebaikan menyumbang untuk para pelajar tahfiz. Semoga Ramadan anda kali ini lebih baik daripada daripada tahun-tahun sebelumnya.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Apr 07, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Apr 07, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 07, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 07, 2023
HIDAYU HADZIN
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 07, 2023