MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Mar 09, 2023

SEDEKAH KITAB AGAMA UNTUK KELAS FARDHU AIN PELAJAR TAHFIZ

RM1,315 / 43.83 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

62 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

SUMBANGAN KITAB AGAMA UNTUK PELAJAR TAHFIZ ASNAF DAN ANAK YATIM MISKIN. BANTULAH ANAK-ANAK TAHFIZ YANG SEDANG BERJUANG DI JALAN ALLAH.


Pihak maahad memohon sumbangan daripada muslimin muslimat untuk pembelian kitab agama kepada para pelajar tahfiz yang baharu bagi sesi Mac 2023. Majoriti mereka adalah berlatarbelakangkan daripada anak-anak yatim dan juga asnaf. Mereka tidak mempunyai wang yang mencukupi bagi membeli kitab-kitab agama untuk menuntut ilmu di maahad ini. Menuntut ilmu amat penting bagi setiap orang. Menjadi pelajar maahad itu merupakan suatu keistimewaan kerana dapat memperoleh dua ilmu iaitu ilmu umum dan ilmu agama serta ilmu belajar pengurusan diri juga sebagai bekal untuk kehidupan mereka yang akan datang.



Anak-anak tahfiz ini adalah orang yang meninggalkan nikmat tidur dan meninggalkan tempat tidur mereka di waktu banyak orang lain sedang tidur di atas tilam yang nyaman. Mereka menuntut ilmu berkorban meninggalkan berbagai macam kenikmatan dan lebih mengutamakan suatu perkara yang mereka harapkan iaitu untuk mendapatkan keselamatan di dunia, alam barzakh, dan akhirat. Ibnu Ruslan menyatakan dalam kitab Zubad:


“Setiap orang yang beramal tanpa ilmu maka amalnya tertolak, tidak diterima”



Sumbangan infaq untuk pembelian kitab agama ini kelak diharapkan dapat membangkitkan semangat para pelajar agar lebih bersungguh-sungguh dalam memahami dan belajar ilmu agama. Di maahad yang sangat sederhana ini, puluhan para pelajar tahfiz memiliki cita-cita mulia. Mereka menghabiskan waktu untuk mendalami ilmu Islam dan memperbanyak hafalan Al-Quran.



Akhir kata, pihak maahad mengucapkan jazakumullahu khairan jaza atas sumbangan yang dihulurkan kepada para pelajar di sini. Orang yang membantu penuntut ilmu akan menuai pahala yang besar kerana membantu orang yang beribadah pahalanya sama dengan orang yang beribadah tersebut. Apatah lagi membantu ibadah menuntut ilmu yang termasuk ibadah terbesar, belum lagi apabila penuntut ilmu tersebut mengamalkan ilmunya dan mengajarkannya, maka orang yang membantunya mendapat pahala yang sama.



“Barangsiapa yang membantu perlengkapan orang yang berjihad di jalan Allah maka sungguh dia juga telah ikut berjihad, dan barangsiapa yang membantu keluarga seorang yang berjihad di jalan Allah dengan suatu kebaikan maka dia juga telah ikut berjihad.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 10, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM15.00

Mar 10, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 10, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 10, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 10, 2023

Kempen Sumbangan Tamat