MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada May 19, 2023

SEDEKAH MAKANAN UNTUK ANAK TAHFIZ

RM910 / 13.00 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM7,000

43 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

BANTU KONGSI MAKANAN BERKHASIAT SEPERTI TELUR DAN DAGING SEGAR BAGI MENGHILANGKAN LAPAR PARA PELAJAR TAHFIZ ASNAF DAN JUGA ANAK YATIM MISKIN.


Pihak Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah ingin menyeru muslimin muslimat yang dirahmati Allah SWT agar bersedekah kepada pelajar tahfiz asnaf dan anak yatim miskin supaya mereka dapat menikmati daging segar dan juga telur di maahad. Dengan bersedekah mulai serendah RM10 kalian sudah mampu bersedekah makanan berprotein tinggi seperti telur dan daging segar untuk anak-anak pencinta Al-Quran ini.




Sedekah adalah salah satu amalan ibadah yang mendatangkan banyak pahala. Selain pahalanya besar, sedekah juga dapat menambah harta dan keberkatan. Sesungguhnya ada keberkatan di setiap makanan, makanan yang kita beli dan beri. Salah satu sedekah yang baik adalah sedekah makanan. Memberi sedekah makanan kepada orang yang lebih memerlukan termasuk salah satu ibadah yang pahalanya besar.


Ada orang yang bertanya kepada Rasulullah. “Ya Rasulullah perbuatan apa yang terbaik di dalam Islam?” Nabi SAW menjawab, “Kamu memberi makan kepada orang lain.” (HR. Bukhari dan Muslim)



Setiap bulan pihak maahad hanya mampu menghidangkan juadah seperti ikan dan ayam atau telur kepada para pelajar. Sangat susah dan jarang para pelajar dapat menjamah masakan daripada daging kerana harganya yang mahal. Dengan limpahan rezeki yang Allah kurniakan kepada anda, mari berkongsi kesyukuran dengan memberi sumbangan daging dan juga telur kepada para pelajar tahfiz yang datang daripada keluarga yang susah dan miskin di maahad kami. Mereka merupakan anak-anak kecil yang sangat memerlukan makanan bernutrisi tinggi untuk tumbesaran tubuh badan agar kekal sihat untuk belajar dan beribadah.




Pihak maahad mengucapkan jazakamullahu khairan jaza atas sumbangan para dermawan sekalian. Semoga Allah sentiasa memudahkan kita untuk sentiasa melazimi amalan sedekah dan Allah mengumpulkan semua yang ikhlas bersedekah di syurgaNya.


“Barangsiapa gemar memberi makan orang lain, disediakan baginya pintu khusus di surga yang tiada orang lain memasukinya selain dirinya dan semisal dengannya”

(HR Tabrani).


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 21, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

May 21, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 21, 2023

ATIKA

Menyumbang sebanyak RM50.00

May 21, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

May 20, 2023

Kempen Sumbangan Tamat