MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Aug 26, 2024

TABUNG INFAQ PENAPIS AIR DI TAHFIZ

RM280 / 9.33 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

15 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

MARILAH KITA BERSAMA-SAMA MEMBANTU ANAK-ANAK SYURGA INI BERJIHAD MENUNTUT ILMU DENGAN INFAQ PENAPIS AIR.


Pihak maahad membuka tabung sumbangan kepada orang ramai bagi membiayai kos pembelian penapis air dan menyambung kos penyelenggaraan penapis air bagi keperluan pelajar dan guru-guru di maahad kami di sini. Marilah sama-sama kita berkongsi kebaikan dan kasih sayang dengan memberikan sumbangan dan menghadirkan sebuah mesin penapis air mereka. Semoga mereka akan dapat air minuman yang bersih dan sangat diperlukan untuk kehidupan mereka sehari-hari dan juga untuk menghafal Al-Quran dengan tenang dan memberi tumpuan dengan sepenuhnya.



Untuk itu, pihak maahad melancarkan kempen dengan serendah RM10 untuk pembelian penapis air dan menyambung kos penyelenggaraan. Oleh kerana itu, pihak maahad memohon kepada saudara saudari yang budiman dan kepada para penyumbang yang dikasihi Allah SWT untuk memberikan sumbangan mesin air minuman kepada anak-anak syurga ini untuk mereka berjihad di jalan Allah dengan menuntut ilmu.

Sumbangan ini sangat diperlukan terutama pada saat cuaca panas lebih-lebih lagi pada saat mereka kehausan. Dengan tersedianya mesin air minuman memudahkan para pelajar untuk mengakses air bersih dan minuman yang sihat yang mana akan memudahkan mereka menuntut ilmu.


Air merupakan khazanah Allah SWT yang tidak ternilai harganya yang menjadi keperluan utama untuk kehidupan manusia. Oleh itu, Islam meletakkan banyak kebaikan kepada seseorang yang dapat memberikan air minuman kepada orang ramai. Kisah seorang wanita yang memberikan air minuman kepada seekor anjing yang kehausan dan dijanjikan dengan ganjaran syurga seharusnya menjadi motivasi untuk berinfaq. Malah lebih utama lagi apabila setiap sumbangan bagi menjayakan penapis air akan mendapat ganjaran pahala secara berterusan.



Sabda Rasulullah SAW, yang bermaksud: “Sesungguhnya sedekahnya orang Muslim itu dapat menambah umurnya, dapat mencegah kematian yang buruk, Allah akan menghilangkan darinya sifat sombong, kefakiran dan sifat bangga pada diri sendiri” (Hadis Riwayat al-Thabrani)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM20.00

Aug 27, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 27, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 27, 2024

RAZLEN

Menyumbang sebanyak RM25.00

Aug 27, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 26, 2024

Kempen Sumbangan Tamat