Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
19/9/2022, Kg Inaruntung, Pitas, Sabah.
Hari ini kami telah melawat telaga ini dan didapati telah ini dibina seperti dikehendaki.
Air didapati banyak, airnya tidak hanyir sedikit pun dan tidak bau langsung
Penduduk kampung amat bersyukur dan amat berterima kasih kepada kita semua kerana penantian begitu lama untuk sumber air bersih kini telah tercapai. Komuniti suku Ubian di kampung nelayan miskin dan terpencil ini tidak lagi perlu bergantung dengan air hujan sahaja dan tidak perlu beli air botol untuk minum.
Terima kasih semua penyumbang.
Pihak surau di kampung ini telah berjanji akan sentiasa mendoakan semua penyumbang telaga air.
Iltizam Relief Society juga telah melawat 2 pulau terpencil yang juga mengharapkan bantuan untuk membina telaga air dengan pam generator.
Insya Allah kami akan buka untuk anda menyumbang dan berwakaf untuk projek telaga air ke 4 dan 5 di Sabah.
Alhamdulillah! Syukur kita Projek Telaga Air dengan pam generator serta tangki air telah siap sepenuhnya di Pitas, Sabah. Wakil kami akan melawat telaga ini pada 19/9/2022 untuk kenal pasti jika pembinaan tiada apa-apa "defects" jika ada maka bayaran baki akan ditahan hingga kontraktor baikinya.
Terima kasih kepada semua penderma, anda boleh niatkannya sebagai wakaf untuk diri sendiri atau keluarga yang tersayang. Semoga Allah memberi ganjaran pahala berterusan kepada semua yang telah menderma.
Insya Allah, kempen ini diteruskan untuk pembinaan telaga air ke 4 pula. Insya Allah telaga ke 4 akan dibina di sebuah pulau di Sabah, di mana pulau ini mereka menadah air hujan untuk bekalan air. Maklumat lanjut akan kami kongsikan setelah kami membuat tinjau dan kajian di pulau tersebut.
𝗣𝗥𝗢𝗝𝗘𝗞 𝗧𝗘𝗟𝗔𝗚𝗔 𝗔𝗜𝗥 𝗞𝗘 𝟯
𝗣𝗶𝘁𝗮𝘀, 𝗦𝗮𝗯𝗮𝗵
Perkembangan pembinaan telaga ke 3 @ 21/8/2022:
- pemasangan gelung simen (culvert) siap
- kerja-kerja plumbing
- kerja-kerja membina menara tangki air
- kerja-kerja simen
Terima kasih ke atas anda semua yang telah berwakaf dan infaq untuk projek ini.
Kami akan kemaskini perkembangan pembinaan telaga ini dari semasa ke semasa. Insya Allah.
𝗣𝗥𝗢𝗝𝗘𝗞 𝗧𝗘𝗟𝗔𝗚𝗔 𝗔𝗜𝗥 𝗞𝗘 𝟯
𝗣𝗶𝘁𝗮𝘀, 𝗦𝗮𝗯𝗮𝗵
Perkembangan pembinaan telaga ke 3 @ 18/8/2022:
- mengorek telaga menggunakan jentera excavator
- membina menara untuk tangki air
- Masjid: membuat tempat wuduk muslimat
Terima kasih ke atas anda semua yang telah berwakaf dan infaq untuk projek ini.
Kami akan kemaskini perkembangan pembinaan telaga ini dari semasa ke semasa. Insya Allah.
Alhamdulillah, khabar baik hari ini cuaca mengizinkan dan barang-barang binaan untuk Telaga Air 3 di Pitas sudah sampai dilokasi.
Kenapa perlu cuaca baik ya? Jika hujan, lori tidak boleh lalu situ walaupun tanpa muatan kerana jalan akan becak. Malah kenderaan 4x4 pun akan bergelut untuk melepasinya.
Kerja-kerja pembinaan telah bermula.
Setiap telaga air kami bina juga bukan sekadar telaga air,
- telaga air
- ada menara tangki
- ada pam air bermotor
- air dipam ke tangki
- dari tangki air mengalir ke rumah, masjid, sekolah / tadika
Lokasi kampung-kampung dibina telaga air juga di pedalaman atau pulau, maka kos logistik adalah tinggi.
Sebab itu keseluruhan pembinaan telaga air di Sabah adalah tinggi kosnya tetapi amat berbaloi.
Usaha kecil kita membantu penduduk di sini tidak perlu bergantung kepada tadahan air hujan untuk bekalan air bersih.
Semoga Allah menggantikan sumbangan anda semua dengan yang lebih baik.
Ayuh, teruskan wakaf / infaq kerana kami akan mulakan kerja-kerja Telaga Ke 4 pula apabila siap Telaga 3 ini dalam seminggu ini, insya Allah.
Syukur alhamdulillah, akhirnya projek Telaga Air Ke 3 di Sabah, iaitu untuk Kg Inaruntung, Pitas, akan bermula hari ini.
Sebenarnya kerja-kerja tertangguh di sebabkan kontraktor kami serta wakil kami di sana terkait dengan Covid-19 menyebakan mereka terpaksa kuarantin selama 7 hari. Selepas kuarantin pun, mereka masih kurang sihat.
Alhamdulillah, hari ini 15/8/2022 mereka masuk kampung ini untuk memulakan kerja-kerja pembinaan Telaga Air. Insya Allah kami akan kemaskini dengan perkembangan pembinaan telaga ini di Pitas.
Terima kasih atas sumbangan anda samada diniatkan sebagai wakaf atau infaq. Semoga Allah mencucuri ganjaran pahala Sedekah Jariah.
Insya Allah, kami masih membuka sumbangan wakaf ekah Jariah.
Insya Allah, kami masih membuka sumbangan wakaf untuk Telaga Air Ke 4 pula di Sabah.untuk Telaga Air Ke 4 pula di Sabah.
Semoga Allah menggantikan sumbangan anda semua dengan yang lebih baik.